Saturday, February 4, 2012

Aku, Budiman dan Genting Highland

Berkawan dengan seorang pemuda bernama Budiman adalah suatu benda yang sangat ironi. Apatah lagi Budiman merupakan seorang manusia yang paling kurang ajar, ketua gangster dan merupakan pemilik 5 ekor kucing Siam. Ironinya lagi, Budiman juga seorang pengkhianat bangsa apabila menyatakan kesetiaan beliau pada jenama K Pop.

Jadi bila Budiman dengan sombongnya berkata dia ingin mengembara ke Genting Highland semua orang memandang Budiman dengan mulut melopong. Malah, pakcik Asri yang tengah makan karipap tersedak dek kata-kata Budiman itu.

Semua orang terpana dengan Budiman pada hari itu.

***

“Aku dengar kau nak pergi Genting Highland, Budi.” Tanya aku pada dia ketika kami sama-sama melihat matahari memejamkan mata di ufuk Barat.

“Iyelah, Din. Gua sungguh-sungguh ni.” Kata Budiman dengan nada yakin. Budiman seringkali menggunakan ‘gua’ sebagai kata ganti nama diri pertama. Menurut dia, adalah menjadi suatu perkara yang memalukan bagi seseorang yang garang seperti dia untuk menggunakan ‘aku’, ‘saya’ atau apatah lagi ‘I’.

“Oh.” Balas aku. Sebagai seorang rakan yang sudah masak dengan perangai Budiman aku tahu sangat untuk tidak membangkang kata-kata Budiman. Budiman adalah seorang gangster yang teguh pendirian sepertimana Shark lakonan Syamsul Yusoff, seorang gangster di dalam filem KL Gangster.

“Mak kau kasi ke kau nak pergi Genting?” tanya aku lagi. Budiman ni kalau bercakap hal mak dia lemah sikit.Prinsip Budiman segarang-garang seorang gangster, kalau mak tak masak nasi, kebulur juga akhirnya.

“Pandai-pandailah gua pujuk dia tu nanti.” Kata Budiman, namun aku tahu ada nada nebes di dalam kata-kata dia tu sebenarnya.

“Tapi Budi, apa kau nak buat di Genting tu?” soal aku lagi. Selaku seorang cikgu sekolah, tugas soal-menyoal sudah sebati dengan diri aku.

“Gua nak cari kerja kat sana Din. Sampai bila gua nak jadi gangster.” Kata Budiman sambil merenung awan berbentuk bunga sakura.

“Kerja? Kau nak kerja apa?” tanya aku dalam keadaan terpana. Aku sudah membayangkan Budiman di dalam kasino buat benda bukan-bukan.

“ Kerja macam dalam TV tu la. Kalau kat Genting nak kerja apa lagi, kerja kutip daun teh la!” jawab Budiman yakin.

Celaka kau Budiman. Patutlah sampai sekarang kau tak ada awek.

fin.

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)